Kita akan tua. Itupun jika umur kita panjang. Kalau umur kita pendek, kita tak kan tua.
Orang tua banyak kerenah. Biasa ler tu. Mana ader orang tua yg tak banyak kerenah? Semua pandangan tentang orang muda biasanya salah, kerna mereka biasanya membandingkan dengan zaman mereka ....!
Isu yg ingin diperkatakan, perlukah kita memohon "jasa baik" anak kita utk menjaga kita apabila kita sudah tua?
Adalah satu perkara yg sgt baik dan dituntut anak-anak menjaga orang tuanya. SANGGUP KAH KITA MEMBEBANKAN ANAK-ANAK KITA UNTUK MENJAGA KITA & KERENAH KITA?
Seronok ker kita duduk rumah anak kita nanti, dia asyik xder kerana tugas. Nk layan cucu plak, mungkin mereka sibuk dgn study. Kita akan kesunyian juga ......
Saya rasakan, saya lagi seronok duduk sendirian. Tapi zaman skrang merbahaya untuk orang tua tinggal sendirian ataupun berduaan.
Apa salahnya, konsep rumah jagaan orang tua diberi nafas baru. Dia lebih bersifat rumah jagaan bukan rumah buangan. Siap dgn pembantu atau pengurus peribadi. Sapa nk bayar? Pencen kan ader. Ataupun mungkin ada anak2 yg nk bayar. Yg penting, jgn cepat BERI PERBANDINGAN NEGATIF pada rumah jagaan orang tua ini.
Ia bersifat eksklusif. Macam hotel ker, atau calet ker. Ada pusat rawatan, surau, kelas, tmpat jagaan kesihatan ataupn tempat riadah & rekreasi. Boleh tanam2; berkebun dan bla bla bla....
Boleh buat ker?