Jumaat, 24 September 2010

Orang Tua


Kita akan tua.  Itupun jika umur kita panjang.  Kalau umur kita pendek, kita tak kan tua.

Orang tua banyak kerenah.  Biasa ler tu.  Mana ader orang tua yg tak banyak kerenah?  Semua pandangan tentang orang muda biasanya salah, kerna mereka biasanya membandingkan dengan zaman mereka ....!

Isu yg ingin diperkatakan, perlukah kita memohon "jasa baik" anak kita utk menjaga kita apabila kita sudah tua?

Adalah satu perkara yg sgt baik dan dituntut anak-anak menjaga orang tuanya.  SANGGUP KAH KITA MEMBEBANKAN ANAK-ANAK KITA UNTUK MENJAGA KITA & KERENAH KITA?

Seronok ker kita duduk rumah anak kita nanti, dia asyik xder kerana tugas.  Nk layan cucu plak, mungkin mereka sibuk dgn study.  Kita akan kesunyian juga ......

Saya rasakan, saya lagi seronok duduk sendirian.  Tapi zaman skrang merbahaya untuk orang tua tinggal sendirian ataupun berduaan.

Apa salahnya, konsep rumah jagaan orang tua diberi nafas baru.  Dia lebih bersifat rumah jagaan bukan rumah buangan.  Siap dgn pembantu atau pengurus peribadi.  Sapa nk bayar?  Pencen kan ader.  Ataupun mungkin ada anak2 yg nk bayar.  Yg penting, jgn cepat BERI PERBANDINGAN NEGATIF pada rumah jagaan orang tua ini.

Ia bersifat eksklusif.  Macam hotel ker, atau calet ker.  Ada pusat rawatan, surau, kelas, tmpat jagaan kesihatan ataupn tempat riadah & rekreasi.  Boleh tanam2; berkebun dan bla bla bla....

Boleh buat ker?




Rabu, 22 September 2010

Anak-anak kita


Semenjak semalam anak-anak di Tahun 6 menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.  Ia akan dapat tamat esok.  Semoga mereka semua berjaya dengan cemerlang.....

Kekadang kesian tengok budak-budak ni.  Mereka 'ditagih' untuk mendapat keputusan cemerlang, bukan untuk diri mereka, tetapi untuk IBU BAPA, GURU dan SEKOLAH.  Malah kecemerlangan ini adalah untuk ZON, DAERAH dan juga untuk NEGERI. 

Kegagalan mereka, akan memberi tekanan kepada pihak sekolah, jabatan dan juga ibu bapa.  Mereka jadi mangsa......

Alangkah malangnya kanak-kanak sekarang, didewasakan sebelum waktunya .......!!

Isnin, 20 September 2010

Impian


Setiap dari kita hari ini punya 'angan-angan'.  

Ingin jadi kaya, punya pangkat & hidup mewah ....

... tapi aku fikir yang disebaliknya.  Aku tak nk tu semua.  Aku seronok & gembira jika aku boleh hidup di zaman spt thn 50 an dulu.  Pagi ke ladang atau sawah bendang.  Blik t/h ada isteri sambut dgn mkn tgh hari dh siap.  Mlm, sama-sama ke surau.


Punya anak-anak yang ramai dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yg negatif.  Mendengar kata, & tidak banyak kerenah.....



... aku tak boleh mengubah zaman, zaman telah mengubah aku......


Sabtu, 18 September 2010

Catatan awal

Blog ini dibina hanya sekadar mencatatkan luahan perasaan sendiri, ketidakpuasan hati atau sekadar mengenang zaman silam yang indah mahupun suka dan dukanya. 

Ianya bersifat personal, tetapi ingin berkongsi bersama sekiranya ia boleh dimanfaatkan ataupun mendapat maklumbalas serta nasihat.  Ia mungkin sekadar ingin mengurangkan 'stress', suka-suka ataupun tempat untuk mengadu.  Semuanya mungkin...!!!

Selamat membaca.  Maaf dimohon terlebih dahulu seandainya blog ini menjadikan anda pula 'stress'..!!